Isnin, 28 Disember 2009

///////Y@N9 P3Rt@mA///////




Ya Allah,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pd seseorg yg melabuhkan cintanya pdMU agr bertambah kekuatan ku utk mencintaiMu...

Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,jglah cintaku pdnya agar tdk melebihi cintaku pada MU...

Ya Allah, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorg yg hatinya tertaut padaMU ,agar tdk terjatuh aku dlm jurang cintaMU...

Ya Rabbana jika aku jatuh hati ,jglah hatiku pdnya agar tdk berpaling pd hati MU...

Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku pd seseorg yg merindui syahid di jln MU...

Ya Allah jika aku rindu,jagalah rinduku pdnya agar tdk lalai aku merindukan syurga MU...

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih MU, jgnlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu......

Ya Allah jika kau jatuh hati pd kekasih MU,jgn biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan pnjng menyeru manusia kpdMU...

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasih MU,jgn biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu...

Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berhimpun dalam cinta pada Mu,telah berjumpa pd taat MU.telah bersatu dlm dakwah pada MU,telah berpadu dlm membela syariat Mu.kukuhkanlah ya Allah ikatannya.kekalkanlah cintanya. tunjukkanlah jln2nya .penuhilah hati-hati ini dengan nur MU yang tiada pernah pudar.lapangkanlah dada2 kami dgn limpahan keimanan kepada MU dan keindahan bertawakkal di jalan MU............

Ahad, 27 Disember 2009

???SIAPA???



Kemahuan Adalah Laksana Orang Buta Yang Perkasa
Mendukung Orang Lumpuh Yang Dapat Melihat

^^^PERUBAHAN^^^


Perubahan Sikap & Minda

Dengan Mengubah Sikap Dalaman Mindanya Sendiri
Seseorang Manusia Boleh Mengubah Aspek Luaran Kehidupannya

Rajin Itulah Penyebab Utama Segala Kejayaan
Malas Itulah Punca Utama Sesuatu Kegagalan

Rabu, 23 Disember 2009

""""RUMPUT""""




KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

*****KEMULIAAN*****



Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

/////MANIS/////



Untuk suami.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

:::Pernikahan @ Perkahwinan:::

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub.Atau pun segagah Musa.Apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....